Home Semasa Malaysia catat kes ke-16 jangkitan wabak novel Koronavirus

Malaysia catat kes ke-16 jangkitan wabak novel Koronavirus

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan seorang lagi pelancong warga China positif Novel Koronavirus 2019 (2029-nCoV).

Dr Wan Azizah berkata dengan penambahan seorang rakyat China berkenaan, ia menjadikan jumlah pesakit yang positif virus itu di Malaysia meningkat kepada 16 orang.

“Pelancong wanita berusia 67 tahun itu merupakan ibu kepada rakan seorang warga China yang disahkan positif pada 6 Februari lalu (kes positif ke-14),

“Pesakit disahkan positif wabak itu semalam selepas menjalani ujian pengesanan dan pengesahan koronavirus,” katanya pada sidang media perkembangan terkini jangkitan koronavirus di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Kini wanita itu dimasukan di wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalan keadaan stabil.

“Jumlah kumulatif kontak rapat kepada kes ini sehingga hari ini adalah seramai 96 orang kesemuanya, dimana 7 adalah positif, 84 orang adalah negatif dan lima kes masih menunggu keputusan makmal.

Dalam masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan rakyat Malaysia agar bersama-sama memainkan peranan dalam menjalankan tanggungjawab untuk menangani wabak ini.

Beliau berkata, kerajaan  akan terus memantau perkembangan wabak ini termasuklah maklumat yang diperlolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Related Articles

Leave a Reply