Home Pertahanan dan Keselamatan Miliki 4 kilogram hasil laut, dua nelayan warga Thailand didenda RM50 ribu

Miliki 4 kilogram hasil laut, dua nelayan warga Thailand didenda RM50 ribu

by Nurulhuda

KUALA PERLIS, 7 Feb – Dua nelayan warga asing dikenakan denda RM50,000 atau 24 bulan penjara dan denda RM30,000 atau 20 bulan penjara di Mahkamah Sesyen Kangar atas kesalahan menangkap ikan di perairan negara tanpa permit yang sah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata mereka didakwa dibawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(1)(a) kerana menceroboh perairan Malaysia dan melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram semalam.

“Nelayan warga Thailand itu sering keluar dan masuk ke Kuala Perlis untuk menangkap ikan tanpa sebarang dokumen,

“Terdahulu, bot mereka berjaya ditahan Zon Maritim Kuala Perlis ketika sedang melakukan aktiviti penangkapan udang lipan di perairan negeri Perlis,

Menurut Nurulazme, hasil pemeriksaan keatas bot tersebut, sebanyak 114 bubu udang lipan dan sebuah tong berisi udang lipan serta ketam yang dianggarkan lebih kurang empat kilogram telah dijumpai.

“Seterusnya hasil tangkapan dilelong dan bot tersebut telah dilucutkan hak pemilikannya,

“Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” menurutnya.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?