Home Semasa Dua rakyat Malaysia pulang dari Wuhan positif koronavirus

Dua rakyat Malaysia pulang dari Wuhan positif koronavirus

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 5 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan dua lagi rakyat Malaysia positif wabak Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dua beranak itu adalah rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China melalui misi bantuan kemanusian yang tiba di Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Beliau berkata kedua-duanya kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Pesakit seorang lelaki berusia 45 tahun, manakala seorang lagi iaitu anak lelakinya berumur 9 tahun,

“Dua ahli keluarga lain iaitu isteri lelaki itu dan anak perempuannya didapati negatif daripada wabak berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Ia menjadikan keseluruhan kes positif Novel Koronavirus di Malaysia sebanyak 12 kes melibatkan tiga rakyat Malaysia dan sembilan warga China.

Dalam masa yang sama beliau menambah, 12 makmal hospital dan empat makmal Kesihatan Awam diseluruh negara dilatih oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk meningkatkan keupayaan bagi menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV ini.

Related Articles

Leave a Reply