PUTRAJAYA, 4 Feb – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan seramai 34 rakyat Malaysia masih berada di Wuhan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NADMA, Wisma Putra memaklumkan bahawa sebilangan rakyat Malaysia tidak dapat menaiki pesawat khas Air Asia dari Wuhan ke Kuala Lumpur atas sebab isu logistik.
Pesawat Air Asia AK8265 telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6 pagi tadi dan membawa pulang 133 orang penumpang dari Wuhan.
Angka tersebut merangkumi 12 anak kapal Air Asia, 8 petugas misi dan 6 pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.
“107 penumpang lagi adalah terdiri daripada 88 rakyat Malaysia berserta 19 pasangan atau anak mereka yang bukan warganegara,
“Walaupun sebelum ini dimaklumkan jumlah yang berdaftar untuk pulang ke Malaysia adalah 141 orang, namun jumlah sebenar yang hadir adalah 107 orang sahaja,” jelas NADMA