Home Pertahanan dan Keselamatan Muez mula tugas KSU Kementerian Pertahanan hari ini

Muez mula tugas KSU Kementerian Pertahanan hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Datuk Muez Abd Aziz mula bertugas secara rasmi sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia pada hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Mastura Ahmad Mustafa; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dr Karminder Singh Dhillon serta pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muez turut mengadakan pertemuan bersama Ahli pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Sebelum ini, Muez  telah memegang jawatan sebagai KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Serta berkhimat 25 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berkuatkuasa 1 Februari 2020 menggantikan Datuk Seri Mohd Zuki Ali yang telah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Related Articles

Leave a Reply