Home Semasa Pesawat C295 berjaya laksanakan ujian pengisian minyak di udara

Pesawat C295 berjaya laksanakan ujian pengisian minyak di udara

by M.Daim

GETAFE, 30 Jan – Pesawat pengangkut taktikal keluaran Airbus, C295 telah mencatat sejarah apabila berjaya melaksanakan pengisian minyak di ruang udara Seville, Sepanyol.

Menurut Airbus, ujian melibatkan sebuah pesawat C295 dalam konfigurasi pesawat penangki (tanker) dengan sebuah lagi pesawat C295 milik Tentera Udara Sepanyol (Spanish Air Force, SAF) yang bertindak sebagai penerima (receiver).

“Pengisian dilaksanakan semasa penerbangan pada kelajuan 100 ke 130 knots. Pesawat di pasang dengan kit pengisian minyak boleh tanggal (removeable kit).

“Tahap kesukaran ujian ini adalah tinggi kerana melibatkan manuver yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini. Namun, ujian ini berjaya kerana pesawat dalam keadaan baik yang membolehkan ujian ini dilaksanakan dengan berjaya,” kata Kapten Gabiña, juruterbang SAF yang dipetik oleh Airbus.

Dalam kenyataan yang sama kepada Air Times, Airbus menyatakan ujian dilaksanakan pada waktu siang dan ujiaan berjaya dilakukan sebanyak 5 kali dengan melibatkan pemindahan sebanyak 1.5 tan minyak.

Selain daripada itu, ujian ini turut melibatkan operasi penerbangan malam. Dalam ujian tersebut, C295 telah berjaya melakukan posisi ‘pre-contact’ dengan sebuah pesawat F/A-18 milik SAF pada kelajuan 210 knot.

“Kejayaan ujian ini sekaligus akan mempertingkatkan tahap keupayaan C295 sebagai sebuah pesawat yang versatil yang turut berupaya untuk melaksanakan misi pengisian minyak di udara untuk helikopter, pesawat pengangkut serta jet pejuang,” jelas Airbus.

Related Articles

Leave a Reply