Home Semasa Perdana Menteri: Wabak koronavirus di negara ini belum serius

Perdana Menteri: Wabak koronavirus di negara ini belum serius

by Nurulhuda

KLANG, 26 Jan – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata penularan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) dalam negara ini masih belum mencapai tahap kritikal sehingga perlu menghentikan industri pelancongan.

Beliau berkata kebanyakan negara sudah mengambil langkah tertentu bagi mencegah penularan 2019-nCoV di tempat mereka.

Beliau menambah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil langkah sewajarnya untuk menyaring pelancong dari China dan mengenakan kuarantin kepada mereka yang ada simptom penyakit itu.

“Kita harus menilai bila masa yang sesuai untuk isytihar ianya sebagai kritikal,

“Tetapi pada ketika ini, ia masih belum kritikal sehingga ke tahap kita perlu hentikan pelancongan sebagai contoh.

“Tetapi kita akan terus periksa pelancong, jika ada sebarang tanda mereka dijangkiti, kita terus kuarantin,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 di Persatuan Hokkien Klang anjuran Menteri Kewangan dan Persatuan-persatuan Cina Klang.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang berada di China sejak beberapa hari lalu juga akan diperiksa sebelum memasuki semula negara ini untuk memastikan mereka tidak menyebarkan penyakit berkenaan.

“Persoalannya manusia mengembara dan dengan sangat pantas. Sebelum sempat kita mengesan pesakit mereka sudah tiba di destinasi.

“Jadi, kita kena terima tidak mungkin kawalan sepenuhnya boleh dilakukan,” tegas Perdana Menteri lagi.

Terdahulu, KKM mengesahkan kes 4 jangkitan 2019-nCoV telah dicatatkan di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes terbaharu itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 3 kes jangkitan yang dilaporkan pada awal pagi semalam.

Artikel berkenaan: Malaysia catat kes ke-4 jangkitan virus 2019-nCov, 17 pelancong dikuarantin

Artikel berkaitan: Malaysia catat kes koronavirus pertama, 3 warga China dikuarantin

Related Articles

Leave a Reply