Home Semasa Tiada virus 2019-nCoV dikesan di Malaysia

Tiada virus 2019-nCoV dikesan di Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 JAN – Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 4 kes disyaki jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) disahkan negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat pesakit yang disyaki menghidap 2019-nCoV telah dikuarantin dan melalui ujian makmal.

Semalam, 4 kes disyaki telah dilaporkan dengan 3 daripadanya di Selangor sementara 1 lagi di Sabah.

Dr Noor Hisham menegaskan pihak KKM telah memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa.

“KKM berkerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan bagi membolehkan pengesanan pantas pengembara yang bergejala,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply