Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM lakar pelbagai kejayaan sepanjang 2019 – KPN

PDRM lakar pelbagai kejayaan sepanjang 2019 – KPN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Tahun 2019 telah banyak memberi kejayaan dan cabaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun sebagai agensi keselamatan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada negara dalam memastikan malaysia kekal selamat, aman dan sejahtera, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

KPN berkata kejayaan telah dilakarkan oleh empat jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), sepanjang tahun lalu.

“Kejayaan JSJ mengurangkan kadar jenayah indeks sebanyak 249 kes berbanding sasaran 269 kes bagi setiap 100,00 penduduk iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus,

“JSJK pula telah melaksanakan sebanyak 17,582 operasi dan telah berjaya berjaya menahan seramai 15,876 orang pelbagai kesalahan komersil, manakala JSPT menjalankan Op Bersepadu sebanyak 1,665 operasi dijalankan berbanding 961 operasi tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 73.3 peratus,” kata Abdul Hamid semasa Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Bagi Bulan Januari 2020 di Bukit Aman hari ini.

Bagi JSJN supaya kekal relevan, Abdul Hamid berkata, pihaknya melakar kejayaan besar selepas berjaya merampas 12 tan dadah jenis kokain bernilai RM2.4 bilion di Pulau Pinang, menerusi Op Eagle pada 10 September lalu.

Hamid juga turut menyentuh isu salah laku warga PDRM  terbabit dengan dadah, seramai 268 pegawai dan anggota ditangkap menerusi Op Blue Devil sepanjang tahun 2019, seramai sembilan orang warga PDRM telah ditangkap, kerana ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah.

Diharapkan isu dadah dapat dicantas habis-habisan  dalam kalangan warga PDRM demi maruah institusi keramat, syabas kepada pihak JSJN atas usha berterusan, katanya.

Related Articles

Leave a Reply