Home SemasaGlobal 3 maut pesawat padam kebakaran hutan terhempas di Australia

3 maut pesawat padam kebakaran hutan terhempas di Australia

by M.Daim

CANBERRA, 23 JAN – Seramai 3 orang maut apabila sebuah pesawat memadam kebakaran hutan di Australia terhempas, hari ini.

Kejadian melibatkan sebuah pesawat C-130 bernombor N134CG milik syarikat Coulson Aviation USA yang berpangkalan di Portland, Oregon. Ketika kejadian, pesawat sedang dikendalikan oleh 3 anak kapal warganegara Amerika Syarikat

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Coulson yang mengesahkan kejadian berkata, pesawat telah terhempas di Snowy Monaro Area.

“Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Richmond dengan membawa muatan pemadam untuk memadam kebakaran hutan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyatakan laporan awal insiden akan siap dalam tempoh 30 hari.

“ATSB akan menganalisa segala rekod data, keterangan saksi dan laporan cuaca,” kata ATSB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Pesawat malang yang diberi nama jolokan ‘Zeus’ telah terputus hubungan pada pukul 10.30 pagi waktu Malaysia (1.30 petang waktu Australia Timur). Operasi mencari pesawat telah dilancarkan tidak lama kemudian dan turut melibatkan sebuah pesawat rondaan maritim P-8A Poseidon milik Tentera Udara Diraja Australia.

Related Articles

Leave a Reply