Home Teknologi Pertahanan Varian pesawat V-22 Osprey baharu berjaya jalani ujian penerbangan pertama

Varian pesawat V-22 Osprey baharu berjaya jalani ujian penerbangan pertama

by M.Daim

TEXAS, 22 JAN – Pesawat tiltrotor CMV-22B pertama kali diterbangkan di Pust Pemasangan Amarillo, Texas, semalam.

CMV-22B merupakan varian terbaharu V-22 Osprey yang terbaharu dan akan menggantikan peranan pesawat C-2A Greyhound di kapal induk US Navy (Tentera Laut Amerika Syarikat) mulai tahun 2021.

Menurut Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, CMV-22B merupakan pesawat tiltrotor pelbagai peranan dan mampu untuk membawa komponen utama enjin jet pejuang F-35.

“CMV-22B berupaya untuk terbang sejauh 1,150 batu nautika (2129.8 kilomter) dan bakal menjadi nadi kepada anggota US Navy,

“Kualiti dan ciri keselamatan pada pesawat ini akan mempertingkatkan keupayaan US Navy dalam pengoperasian kapal induk,” kata Kristin Houston, Timbalan Presiden Program Tiltrotor Boeing dan Pengarah Program V-22 Bell Boeing.

CMV-22B yang pertama akan diserahkan kepada Air Test and Evaluation Squadron (HX) 21 bagi tujuan ujian pada awal tahun ini.

Varian pesawat ini merupakan varian khusus untuk kegunaan US Navy dan dirancang untuk melaksanakan operasi logistik serta bekalan untuk kapal induk.

Related Articles

Leave a Reply