Home Pertahanan dan Keselamatan Perolehan helikopter baharu ganti Nuri akan dijalankan

Perolehan helikopter baharu ganti Nuri akan dijalankan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad TUDM menegaskan kos penggunaan helikopter sewaan adalah murah berbanding meneruskan pengoperasian Nuri.

“Pada ketika ini, TUDM mempunyai 12 buah helikopter EC-725AP sedia untuk melaksanakan dua peranan iaitu pengangkutan dan carilamat tempur (Combat search and rescue),

“Untuk Nuri yang akan ditamatkan perkhidmatannya, penggunaan helikopter sewaan adalah satu langkah sementara (stop gap measure),” jelas Ackbal.

Menurut beliau, langkah ini adalah lebih cepat dan tidak memakan kos yang tinggi.

“Pada masa yang sama, kita mengusulkan perolehan helikopter baharu sementara menggunakan helikopter sewaan,” jelas Ackbal semasa sidang media selepas majlis Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-21, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan penggunaan helikopter sewaan bagi menggantikan peranan Nuri yang akan diberhentikan perkhidmatannya.

 

Related Articles

Leave a Reply