Home Pertahanan dan Keselamatan Guna helikopter sewaan ganti Nuri – Mohamad Sabu

Guna helikopter sewaan ganti Nuri – Mohamad Sabu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memaklumkan kementeriannya sedang berbincang mengenai keputusan untuk menggantikan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang akan ditamatkan operasinya.

Beliau berkata pada masa ini Kementerian Pertahanan sedang berbincang dan cadangan penggantian helikopter Nuri akan dibentang kepada Kabinet.

“Peruntukannya kami (Kementerian Pertahanan) ada, kita akan gantikan,

“Peringkat awal kita akan bincangkan, mungkin dalam bentuk sewaan dahulu,

“Kemudian kita akan rancang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk membeli,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kerjasama Jualan Amal antara Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan syarikat Chatime sempena Kempen Tabung Pahlawan di Pavilion hari ini.

Menurut Mohamad mengenai sewaan itu masih belum ditetapkan lagi jumlah sebenarnya dan kini sedang berbincang.

Sebelum ini Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad TUDM menyatakan TUDM sedang merangka perancangan untuk menamatkan perkhidmatan Nuri kerana sudah menghampiri jangka hayatnya.

“Khidmat sokongan untuk helikopter Nuri seperti alat ganti semakin sukar kerana memakan banyak masa dan kos,” kata Ackbal.

Related Articles

Leave a Reply