Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM laksanakan penerbangan ihsan, bawa pesakit alami pendarahan ‘Basal Ganglia’

TUDM laksanakan penerbangan ihsan, bawa pesakit alami pendarahan ‘Basal Ganglia’

by Air Times News Network

KUCHING, 6 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit wanita dari Kuching ke Miri dengan menggunakan pesawat CN 235 dari No 1 Skuadron.

Pesakit, Duya anak Gundai, 45 tahun yang mengalami pendarahan ‘Basal Ganglia’ diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuching pada pukul 8.14 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 9.50 pagi.

“Pesakit kemudiannya pesakit telah dibawa ke Hospital Miri menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut,

“Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Kapt Mohamad Hafiz Shamsudin TUDM dan dibantu oleh Kapt Saifullizan Yusuf TUDM bersama 8 anak kapal lain,

“TUDM sangat komited dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat,“ jelas pihak TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Related Articles

Leave a Reply