Home SemasaGlobal Serangan dron: Pemimpin agung Iran berikrar balas dendam terhadap AS

Serangan dron: Pemimpin agung Iran berikrar balas dendam terhadap AS

by Bernama

ANKARA, 4 Jan – Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada Jumaat berikrar akan membalas dendam di atas kematian Qasem Solaimani, komander tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran yang terbunuh dalam serangan dron oleh Amerika Syarikat di Iraq, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Dendam kesumat menanti penjenayah terbabit,” menurut Ayatollah Ali Khamenei dalam satu kenyataan.

“Kematian beliau tidak akan menghentikan segala usahanya, jalan yang telah dirintis beliau tidak akan disekat,” katanya.

Pemimpin agung itu juga mengisytiharkan perkabungan selama tiga hari di seluruh negara. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply