Home Semasa Malaysia bimbang serangan udara di Baghdad – Wisma Putra

Malaysia bimbang serangan udara di Baghdad – Wisma Putra

by Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaharu susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

Satu kenyataan daripada Kementerian Luar Negeri hari ini memaklumkan Malaysia sentiasa berpegang bahawa semua usaha perlu diambil bagi menyelesaikan masalah atau konflik menerusi perdamaian tanpa menggunakan ancaman atau kekerasan.

Oleh itu, pada peringkat kritikal ini adalah lebih baik bagi semua pihak yang terbabit mengelakkan sebarang provokasi yang selanjutnya, melaksanakan usaha bagi menghalang dan meredakan ketegangan agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, menurut kenyataan itu.

Serangan dron ke atas satu konvoi yang sedang bergerak berhampiran lapangan terbang itu membunuh pegawai tertinggi keselamatan dan komander perisikan Iran, Maj.Jen Qassim Suleimani.

Terdapat kebimbangan yang memuncak bahawa Iran akan mengambil tindakan balas terhadap kepentingan Amerika Syarikat di dunia Arab dan ketegangan yang sedang berlaku antara kedua-dua pihak itu dijangka merebak kepada konflik yang lebih besar antara AS dan Iran. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply