Home Pertahanan dan Keselamatan PERHEBAT bimbing kerjaya kedua veteran tentera

PERHEBAT bimbing kerjaya kedua veteran tentera

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Seramai 1,156 bakal pesara tentera yang mengikuti kursus peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berjaya menamatkan kursus dan diraikan dalam Majlis Konvokesyen PERHEBAT ke-55 disempurnakan oleh Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), Jeneral Tan Sri Dr. Abdul Aziz Zainal (Bersara).

PERHEBAT merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membimbing kerjaya kedua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah mereka bersara seiring dengan tuntutan Revolusi Industri (IR) 4.0 dan matlamat Kertas Putih Pertahanan.

Menurut Abdul Aziz, inisiatif ini juga merupakan kolaborasi strategik PERHEBAT bersama dua syarikat swasta iaitu Gamuda Engineering Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) dan Histrong Design (M) Sdn. Bhd.

“Antara skop kerjasama bersama syarikat swasta tersebut ialah bidang latihan dan perniagaan yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak melalui perkongsian, jualan fasiliti, sewaan, kemudahan prasarana, kadar kos serta jualan,

“Selain itu, kolaborasi ini juga penting bagi peluang pekerjaan kepada veteran ATM dan penempatan latihan industri kepada pelatih serta pertukaran kakitangan berdasarkan kekosongan,” tambah Pengerusi PERNAMA ketika memberi ucapan di Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh.

Antara sijil yang dianugerahkan kepada Graduan Latihan Peralihan PERHEBAT ialah Diploma Kemahiran Malaysia (RPEL) dalam 17 bidang, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK), Sijil Pengendalian Makanan, Sijil PERHEBAT dengan pengiktirafan industri bagi kursus Homegrown dan Program Pensijilan Juruteknik Bertauliah Sektor Penyejukbekuan & Penyamanan Udara oleh Jabatan Alam Sekitar.

 

Related Articles

Leave a Reply