Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat MBSA Veteran johan liga penalti PERISIK, bawa pulang RM10 ribu

MBSA Veteran johan liga penalti PERISIK, bawa pulang RM10 ribu

by Nurulhuda

SERDANG, 9 Dis – Sepanjang dua tahun penyertaan dalam pertandingan liga penalti, penganjuran Liga Penalti Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) ini adalah yang terbaik saya sertai, kata Saruvanan a/l Sangralingam.

Saruvanan yang berasal dari Selangor adalah Juara bagi pertandingan ‘Penalti Shootout’ PERISIK yang melabuhkan tirainya semalam.

Sebanyak 344 kumpulan menyertai liga penalti ini terdiri daripada 216 kumpulan kategori terbuka dan 65 kategori jabatan. Manakala penyertaan bagi kategori kanak-kanak, sebanyak 38 kumpulan dari kategori umur 16 tahun dan 25 kumpulan ketegori 12 tahun ke bawah.

Beliau yang mewakili kumpulan MBSA Veteran tidak menyangka penyertaan ke pertandingan penalti shootout bersama tiga adiknya telah berjaya membawa pulang hadiah tempat pertama bernilai RM 10,000.

Saruvanan a/l Sangralingam juara pertandingan Liga Penalti Pesta Kor Risik Diraja semalam.

“Sepanjang dua tahun menyertai pertandingan liga penalti, kami tidak pernah ada rezeki untuk jadi juara. Tapi hari ini saya rasa ada rezeki, kami telah berjaya menjadi juara,

“Sebelum ini ada juga menang, tapi bukan jadi juara, hanya memperlolehi RM 2,000 hingga RM5,000 sahaja, tapi kali ini jadi juara dapat RM 10,000. Itu yang sangat gembira,” kata Saruvanan yang telah memenangi kesemua sembilan perlawanan bagi ketegori terbuka semalam.

“Liga ini adalah yang terbaik, ada tempat menjual makanan, minuman dan yang penting ia dibuat dalam dewan. Selalu kami bermain di padang bola, ini pengalaman pertama kami bermain di dalam dewan. Di situlah kelainannya. Terima kasih Kor Risik,” kata Suravanan.

Sementara itu, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) buat julung kalinya mengadakan PERISIK di Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bersempena Hari Ulang Tahun Kor Risik Diraja yang ke-50 pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti yang disediakan iaitu, pameran ketenteraan, pameran dari agensi keselamatan lain dan aktiviti sukan seperti Fun Run, penalti shoot, soccer shoot dan juga netball shoot serta pertandingan e-game, PUBG Mobile.

 

Related Articles

Leave a Reply