Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pesta Kor Risik buka mata rakyat, fahami peranan KRD jaga kedaulatan negara

Pesta Kor Risik buka mata rakyat, fahami peranan KRD jaga kedaulatan negara

by Nurulhuda

SERDANG, 7 Dis – Kor Risik Diraja (KRD) merupakan salah satu elemen penting bagi perisikan pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga kedaulatan negara.

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan berkata, Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) diadakan bersempena sambutan Jubli Emas ke-50 bagi membuka mata rakyat tentang tugas dan peranan sebenar KRD dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Pesta ini diadakan untuk membuka mata kepada rakyat, selalunya orang menyatakan Kor Risik ini hanya dibelakang tadbir, tapi hari ini kita (KRD) hendak tunjukkan kepada rakyat inilah tugas kami bagi menentukan kedaulatan negara sentiasa terjamin,

“Selama 50 tahun dalam ATM, KRD sentiasa bekerjasama dengan semua agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan semua agensi-agensi keselamatan,” katanya kepada media selepas upacara Perasmian Pesta Kor Risik di MAEPS, Serdang hari ini.

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan merasmikan Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) di MAEPS, Serdang

Menurut Sheikh Mokhsin, kerjasama dengan semua agensi-agensi ini terbukti apabila penyertaan mereka dalam pameran PERISIK ini.

“KRD tidak boleh berkerja bersendirian, kami perlu berkerjasama dengan semua elemen dan agensi-agensi keselamatan lain untuk mendapatkan produk perisikan yang terbaik, katanya.

Beliau juga berkata, kebanyakkan cabaran yang dihadapi KRD kini berbentuk peperangan asimetri yang mana lebih merupakan ancaman semasa yang sedang dihadapi oleh kesemua negara.

“Bentuk peperangan asimetri yang digunakan pengganas masa kini berbentuk ancaman siber yang lebih tertumpu kepada media sosial,

“Kini kami sedang berusaha untuk melengkapkan Kor Risik dengan peralatan-peralatan siber canggih seperti Cyber Defence, Cyber Exploitation dan Cyber Offensive bagi menjamin hasil risikan yang lebih mantap setanding dengan negara-negara maju,” ujar KPPP.

Mengenai dakwaan untuk menghidupkan kembali gerakan komunis, Sheikh Mokhsin menegaskan KRD sentiasa memantau rapi perkembangan semasa dan berkerjasama dengan PDRM dalam menyalurkan dan mendapat maklumat.

 

Related Articles

Leave a Reply