Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Aksi lagak ngeri ‘Pangkolo Riders’ pukau penonton di Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK)

Aksi lagak ngeri ‘Pangkolo Riders’ pukau penonton di Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK)

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Pangkolo Riders yang terkenal dengan sukan permotoran lagak ngeri menarik perhatian pengunjung di MAEPS Serdang dengan aksi memukau mereka sempena Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) yang masih berlangsung hingga 8 Disember ini.

Menurut penunggang aksi lagak, Shamsul Azhar atau lebih dikenali sebagai Acoi Pangkolo, pesta ini merupakan satu medium bagi peminat sukan permotoran untuk melakukan hobi mereka di landasan yang betul.

Acoi Pangkolo dua dari kiri bersama ‘Pangkolo Moto Fest’ di MAEPS Serdang. Foto : Air Times

“Kami nak panggil semua di luar sana terutama sekali bagi pihak yang tidak tahu pasal sukan ini untuk datang dan mencuba di tempat yang betul untuk melakukan ‘stunt’,

“Pangkolo Moto Fest ada membuat pertunjukan motosikal lasak dengan menggunakan pelbagai motosikal serta terdapat pelbagai pertandingan seperti freestyle, wheelie dan banyak lagi yang menawarkan hadiah istimewa,” tambah Acoi.

Selain itu, Ahirine Ahirudin salah seorang ahli wanita Pangkolo Riders berkata peminat yang membeli baju Pangkolo Moto Fest berpeluang memenangi dua buah motosikal Yamaha 15ZR atau terkenal dengan nama ‘Y-Suku’.

Dengan menawarkan hadiah lumayan, Pangkolo Riders menyeru semua pengunjung agar tidak melepaskan peluang untuk hadir pada hari terakhir pertunjukan, 8 Disember di MAEPS Serdang.

 

Related Articles

Leave a Reply