Home Semasa Fitnah abu Chin Peng: Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan buat laporan polis

Fitnah abu Chin Peng: Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan buat laporan polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan telah membuat satu laporan polis terhadap seorang penulis blog yang mendakwa Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong terlibat dalam usaha membawa pulang abu bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.

Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertahanan, Izmil Amri Ismail berkata laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi terhadap Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Timbalan Menteri Pertahanan sebagai dalang disebalik kemasukan abu mayat Chin Peng.

“Timbalan Menteri Pertahanan tidak pernah membuat sebarang komen tentang isu abu mayat Chin Peng,

“Fitnah itu bertujuan untuk mengaburi tumpuan umum daripada isu-isu utama seperti pembentangan Kertas Putih Pertahanan dan perbicaraan kes salahguna kuasa yang melibatkan dua bekas menteri pertahanan di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Izmil berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Akta Fitnah 1957.

Tambah Izmil, pihaknya menyeru masyarakat setempat dan anggota tentera untuk mengutamakan saluran-saluran media yang mempunyai kredibiliti serta menjauhi penyebaran fitnah dan berita-berita palsu.

 

Related Articles

Leave a Reply