Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara #OpMurni: TUDM terbangkan mangsa banjir warga emas ke hospital

#OpMurni: TUDM terbangkan mangsa banjir warga emas ke hospital

by Air Times News Network

GONG KEDAK, 3 Dis – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi tadi telah melaksanakan kali keempat Op Murni, menerbangkan seorang pesakit warga emas yang mengalami serangan jantung dan terkena gigitan lipan dari Hulu Besut ke Hospital Jerteh.

Warga emas, Ahmad Nizal, 77, diterbangkan oleh pesawat EC725 AP TUDM dari Padang Bola FELCRA Keruak ke Pangkalan Udara Gong Kedak untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Jerteh.

TUDM menerusi satu kenyataan berkata, pesakit tersebut telah diterbangkan pada 3.14 pagi tadi.

“Pesawat telah dikendalikan Mejar Nor Ismazairee Ismail dan dibantu Kapten Mohammad Fais Abdul Halim serta dua anggota Kuartermaster Udara (AQM) dan empat anggota mencari dan menyelamat (SAR).

“Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah Pegawai Perubatan Angkatan Tentera, Mej (DR) Muhammad Fitri Daud dan seorang staf perubatan,” katanya.

Penerbangan Mercy Flight atau Op Murni yang dilaksanakan TUDM merupakan kali keempat setelah bencana banjir melanda di sekitar daerah Besut.

 

Related Articles

Leave a Reply