Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Beli sambil beramal, BAKAT Udara tubuh `Amal Shoppe’

Beli sambil beramal, BAKAT Udara tubuh `Amal Shoppe’

by Air Times News Network

SUBANG, 3 Dis – Amal Shoppe Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Udara (BAKAT Udara) yang beroperasi di Pangkalan Udara Subang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan keluarga anggota-anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini Al- Marhum Sultan Ahmad Shah berkata, hasil jualan akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan seperti merawat pesakit kronik di seluruh pangkalan BAKAT Udara.

“Kita juga mengalukan-alukan kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun barangan,” katanya.

Tengku Muhaini juga menyeru kepada isteri-isteri warga TUDM untuk belajar membuat jualan bagi menjana pendapatan dari rumah menerusi atas talian dan mempromosi produk mereka di Amal Shoppe ini.

Pada tahun 2010, pucuk pimpinan BAKAT Udara telah merealisasikan sebuah inspirasi dengan mewujudkan tempat pengumpulan dan penjualan barangan terpakai dikenali sebagai “preloved items” yang dinamakan Amal Shoppe bertempat di Pangkalan Udara Subang.

Kewujudan Amal Shoppe ini membolehkan ahli-ahli BAKAT terus melangkah ke hadapan dengan mencebur diri ke bidang keusahawanan yang kini mampu menghasilkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berkualiti seperti produk makanan dan kraftangan.

Dalam pada itu, Amal Shoppe ini juga turut merancang untuk membuka cawangan di pangkalan lain seperti Pangkalan Udara Kuching, Kuantan, Butterworth dan Gong Kedak.

Majlis perasmian Amal Shoppe BAKAT Udara telah disempurnakan oleh isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi, di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Pengerusi BAKAT Laut, Kerabat-Kerabat Bergelar Pahang serta Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara.

Pengoperasian Amal Shoppe ini adalah setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10 Pagi – 6 Petang, manakala pada hari Sabtu dari jam 10 Pagi – 2 Petang.

Orang ramai yang ingin berurusan, boleh menghubungi di talian 03-78444500/3089 atau email ke [email protected] dan juga boleh melayari Facebook Amal Shoppe serta Instagram amalshoppe_bakatudara.

Related Articles

Leave a Reply