Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM laksana Op murni terbangkan pesakit, hulur bantuan kepada mangsa banjir

TUDM laksana Op murni terbangkan pesakit, hulur bantuan kepada mangsa banjir

by Air Times News Network

GONG KEDAK, 2 Dis – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Op Murni, menerbangkan seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengidap jantung berlubang dari Masjid Kampung La, Jerteh ke Pangkalan Udara Gong Kedak.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan hari ini berkata pesakit, Siti Nurul Bathrisyah Naim, 6 tahun telah diterbangkan dengan menaiki pesawat helikopter EC725 AP daripada No 10 Skuadron untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

TUDM memberi bantuan tersebut disebabkan keadaan banjir di daerah Besut sejak beberapa hari lalu masih belum pulih dan banyak laluan di kawasan penempatan tidak boleh dilalui serta terputus hubungan.

TUDM turut melaksanakan penghantaran bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seberat 250 kilogram kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Kampung La, Jerteh Terengganu

“Operasi yang diketuai oleh Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kolonel Shaiful Azuar Ariffin ini turut melaksanakan penghantaran bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seberat 250 kilogram kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Kampung La,

“Pesawat berlepas jam 12.23 tengah hari dan mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak jam 1.19 petang itu diterbangkan Mejar Zool Amali Shodali dan dibantu Kapten Wan Muhammad Haqimi Wan Zin serta empat orang kru pesawat,” kata kenyataan itu.

Selain daripada itu, TUDM turut melaksanakan satu lagi penerbangan ihsan membawa dua orang pesakit, Raja Abdul Rahman Raja Daud dan Mohd Shahril Mohd Rosdi ke Hospital Besut untuk menjalani rawatan dialisis.

“Penerbangan sortie kedua ini turut membawa barangan keperluan asas seberat 111 kilogram yang dihantar ke Kampung Keruak diterbangkan oleh Mej Isma TUDM selaku juruterbang serta dibantu oleh Kapt Faiz TUDM bersama dua orang anak kapal,” katanya.

Sehingga kini pesawat EC725 TUDM telah melaksanakan tiga penerbangan sejak Op Murni 2019 bermula dengan membawa dua orang ibu mengandung dan seorang lelaki berusia 80 tahun yang mengalami masalah pembuangan air besar.

Related Articles

Leave a Reply