Home Politik Kemenangan Anifah Aman terbatal, pilihan raya kecil di Kimanis

Kemenangan Anifah Aman terbatal, pilihan raya kecil di Kimanis

by Bernama

PUTRAJAYA, 2 Dis – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya umum lepas, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Anifah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya.

Hakim Tengku Maimun berkata Mahkamah Pilihan Raya tidak melakukan kekhilafan dalam penemuan faktanya.

Beliau berkata terdapat percanggahan dalam proses pemilihan dan ketidakpatuhan undang-undang pilihan raya yang telah menjejaskan keputusan undi.

Beliau memerintahkan Anifah membayar kos RM70,000 kepada calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply