Home Semasa Kibar Jalur Gemilang bintang bucu lima, persatuan sukan mohon maaf

Kibar Jalur Gemilang bintang bucu lima, persatuan sukan mohon maaf

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Nov –  Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) mengemukakan permohonan maaf atas kesilapan mengibarkan Jalur Gemilang berbintang bucu lima semasa Majlis Perasmian Piala Lum Mun Chak ke-28, semalam.

“Kepada rakyat Malaysia dan rakan sukan bola keranjang, kami memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan tersebut,

“Semasa majlis pembukaan, pasukan penyiaran kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera yang salah di skrin stadium,” jelas pihak MABA dalam kenyataan dwibahasa di akaun media sosial kendalian mereka.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 48 saat yang diambil semasa majlis perasmian. Dalam video tersebut, bendera Malaysia berbucu lima telah dipamerkan di skrin utama Stadium MABA, Kuala Lumpur.

Dalam video yang sama, kedengaran suara penonton yang menegur kesilapan bendera yang dipamerkan dan lagu kebangsaan dinyanyikan tidak lama kemudian. Walaubagaimanapun, bendera yang salah terus terpampang di skrin stadium sehingga nyanyian lagu Negaraku berakhir.

 

Related Articles

Leave a Reply