Home Pertahanan dan Keselamatan Lagi warga Thailand di tahan langgar syarat sah lesen di perairan negara

Lagi warga Thailand di tahan langgar syarat sah lesen di perairan negara

by Nurulhuda

MUKAH, 22 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C2 di kedudukan lebih kurang 21.6 Batu Nautika Utara Mukah.

Pengarah Zon Maritim Tg. Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md. Kassim berkata bot nelayan itu dikesan menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan kira-kira jam 1.31 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kelapan-lapan lelaki (awak-awak termasuk tekong) yang diperiksa adalah warga negara Thailand dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot tersebut ditahan semasa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu disyaki menunda atau memukat ikan kurang dari jarak yang telah ditetapkan di dalam Buku Lesen,” jelas satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata bot berkenaan kemudiannya ditahan dan diiringi masuk ke Jeti LKIM Tg. Manis untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply