Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM beri tumpuan kepada perolehan UAV dan pesawat rondaan maritim

TUDM beri tumpuan kepada perolehan UAV dan pesawat rondaan maritim

by M.Daim

KUANTAN, 16 Nov – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang hari ini mengesahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang melakukan penilaian terhadap pesawat tanpa pemandu (UAV) dan pesawat rondaan maritim (MPA).

“Kerajaan telah memberikan kelulusan kepada TUDM untuk melakukan penilaian terhadap perolehan UAV dan MPA,

“Proses penilaian telah dijalankan semenjak beberapa bulan lalu,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.

Beliau menambah, perolehan kedua-dua platform tersebut merupakan keutamaan pada ketika ini.

“Kita memerlukan platform permerhati dan pemantauan (surveillance and reconnaissance) bagi tujuan keselamatan maritim tanah air,” ujarnya.

Terdahulu, Affendi menyempurnakan perasmian Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan yang dianjurkan bersempena Hari Ulang Tahun ke-61 TUDM. Acara yang diadakan selama sehari akan tamat pada pukul 5 petang.

Selain daripada penilaian UAV dan MPA, Panglima Tentera Udara turut menyatakan TUDM turut melakukan penilaian terhadap perolehan pesawat pejuang terutamanya selepas pengoperasian jet pejuang MiG-29N berakhir.

Menurut beliau, penugasan mempertahankan ruang udara masih lagi mampu dipikul oleh jet-jet pejuang sedia ada. Pada ketika ini, TUDM mengoperasikan Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan Bae HAWK 108/208.

Pada masa yang sama, TUDM sedang melaksanakan Pelan Capability 55 (CAP55) yang bertujuan untuk memperkemaskan kekuatan dan aset TUDM.

 

Related Articles

Leave a Reply