Home SemasaGlobal Salah guna dana badan amal bagi tujuan politik, Trump didenda US$ 2 juta

Salah guna dana badan amal bagi tujuan politik, Trump didenda US$ 2 juta

by M.Daim

WASHINGTON, 8 Nov – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah didenda sebanyak US$ 2 juta setelah didapati menyalahguna dana tujuan amal dalam kempen Pilihanraya Presiden 2016.

Menurut Ketua Peguam New York, Letitia James, Trump telah mengaku penggunaan wang dana amal Trump Foundation bagi tujuan politik.

“Kami telah berjaya mendapat perintah mahkamah untuk mendenda Trump selepas beliau mengaku menggunakan wang dana amal dari Trump Foundation bagi kepentingan politiknya,” kata Letitia dalam akaun twitter rasmi beliau.

Perintah ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang pada ketika ini dibelenggu dengan pelbagai siasatan yang telah dijalankan terhadapnya.

Pihak pejabat Peguam New York telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Trump dan tiga orang anaknya – Don Jr, Ivanka and Eric – yang didapati melanggar peraturan pembiayaan kempen pilihan raya yang digubal pada tahun 2016.

Menurut Federal Election Commission USA (Suruhanjaya Pilihan Raya Amerika Syarikat – FEC), calon presiden yang bertanding dikehendaki mematuhi had perbelanjaan kempen secara keseluruhan sebanyak US$ 10 juta dan US$ 200 ribu di setiap negeri. Selain daripada itu, FEC turut menetapkan had perbelanjaan sebanyak US$50 ribu dari dana persendirian.

Dalam penghakiman kes semalam, Hakim Saliann Scarpulla telah mengarahkan Trump serta ahli keluarganya untuk membayar sebanyak US$ 2 juta kepada badan bukan berasaskan keuntungan sebagai penyelesaian kes.

Pihak hakim turut mendapati Trump telah pecah amanah dengan melakukan kempen kutipan dana untuk badan amal dalam satu kempen politik.

Dalam penyelesaian kes, Trump telah mengaku penggunaan dana dari pertubuhan tersebut bagi membayar potret dirinya, minuman dan cenderamata sukan.

Donald J Trump Foundation (Trump Foundation) merupakan badan amal yang ditubuhkan semenjak 1987 bagi tujuan kebajikan. Pendedahan oleh Washington Post ketika kempen pilihan raya Presiden AS pada tahun 2016 telah mengheret badan kebajikan tersebut ke dalam kontroversi politik di Amerika Syarikat.

Terdahulu, Trump berjanji untuk membubarkan badan amal tersebut bagi menggelakkan sebarang konflik kepentingan berikutan pelantikan beliau sebagai Presiden AS ke-45. Namun begitu, proses pembubaran Trump Foundation telah berjaya disekat oleh pihak Pejabat Guaman New York.

 

 

Related Articles

Leave a Reply