Home Semasa Sukar dijejaki, kerajaan berusaha bawa pulang Jho Low – Tun Mahathir

Sukar dijejaki, kerajaan berusaha bawa pulang Jho Low – Tun Mahathir

by Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kerajaan sedang berusaha keras untuk membawa pulang ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low untuk menghadapi tindakan undang-undang terhadap peranannya dalam skandal rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata maklumat mengenai dia tidak mudah diperolehi.

“Saya dimaklumkan bahawa dia mungkin memegang beberapa pasport dan (mungkin) membuat perubahan kepada mukanya. (Tetapi) semua perkara ini adalah khabar angin.

“Kita tidak mempunyai bukti tetapi ia boleh berlaku. Ini membuatkan kita sukar menjejaki dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen ke-15 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini hari ini.

Semalam, Inspektor Jeneral Polis Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis percaya bahawa Low masih bersembunyi di sebuah ‘negara terpencil’ tetapi enggan mendedahkan lokasi terkini Jho Low.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply