Home Semasa ‘Banjir termenung’ di Perak, mangsa kekal 512 orang

‘Banjir termenung’ di Perak, mangsa kekal 512 orang

by Bernama

IPOH, 3 Nov – Jumlah mangsa banjir di Perak setakat pukul 8 pagi ini kekal seperti semalam iaitu 512 dengan kesemuanya, yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi daerah Hilir Perak, seramai 153 orang masih berada di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan, yang dibuka sejak 26 Okt lalu.

Selain itu, seramai 277 mangsa banjir daerah Kerian masih berada di dua PPS iaitu 149 di SK Changkat Lobak, manakala 128 lagi di SK Parit Haji Aman, sementara di daerah Manjung 82 orang masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Banjir di daerah terlibat dikenali sebagai ‘banjir termenung’ iaitu keadaan air yang tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke dalam saliran dan bertakung untuk satu tempoh yang lama. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply