Home SemasaGlobal Ketua Pengganas Da’esh mati letupkan diri – Donald Trump

Ketua Pengganas Da’esh mati letupkan diri – Donald Trump

by M.Daim

WASHINGTON, 27 Okt – Ketua kumpulan pengganas antarabangsa Da’esh, Abu Bakar al-Baghdadi disahkan maut dalam satu operasi ketenteraan oleh pasukan khas Amerika Syarikat.

Menurut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Abu Bakar telah bertindak meletupkan diri dalam sebuah gua ketika dikepung oleh pasukan khas AS.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu sidang media di White House, hari ini.

“Abu Bakar ditemani oleh 3 orang anaknya ketika kejadian berlaku dan mereka semua mati,

“Letupan telah menyebabkan badan mereka hancur dan laporan ujian DNA mengesahkan identiti Abu Bakar, ” kata Trump.

Abu Bakar al-Baghdadi atau nama sebenarnya Ibrahim Awwad Ibrahim al-Badri dilahirkan di Samarra, utara Baghdad pada tahun 1971.

Related Articles

Leave a Reply