Home Politik Komik propaganda: Bekas ahli DAP antara yang dipanggil ke Bukit Aman

Komik propaganda: Bekas ahli DAP antara yang dipanggil ke Bukit Aman

by Bernama

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Tiga individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata Hew dan dua lagi individu akan hadir memberi keterangan petang ini.

“Dua lagi individu yang polis panggil mempunyai kaitan dengan penerbitan buku tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan sebagai berkata polis telah mengambil keterangan pelukis komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ pada Jumaat lepas.

Pada 18 Okt, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan laporan awal oleh bahagian keselamatan kementerian itu mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.

Baru-baru ini, media melaporkan komik itu dipercayai diedarkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply