Home Pertahanan dan Keselamatan Angkatan Tentera Malaysia rai anggota dan veteran cedera semasa bertugas

Angkatan Tentera Malaysia rai anggota dan veteran cedera semasa bertugas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Seramai 51 orang anggota tentera cedera semasa bertugas diraikan dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Cedera di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, hari ini.

Angka tersebut melibatkan seramai 9 orang anggota tentera yang masih berkhidmat dan 42 orang veteran.

Majlis disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Menurut beliau, acara sebegini merupakan salah satu bukti bahawa usah ke arah merealisasikan aspek kebajikan.

“Angkatan Tentera Malaysia tidak akan pernah lupa dengan jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para anggota serta veteran,

“Majlis sebegini merupakan kesempatan yang sangat berharga bagi ATM untuk menyantuni serta mengukuhkan silaturahim sesama kita,” kata Panglima Angkatan Tentera dalam ucapannya.

Turut hadir,  Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad

Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia yang di sambut pada 16 September lalu.

Acara ini merupakan acara tahunan dan diadakan bagi mengenang jasa anggota tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang cedera semasa menjalankan tugas.

Majlis sebegini turut diadakan di beberapa lokasi berbeza dengan jumlah keseluruhan anggota cedera yang diraikan adalah seramai 562 orang; 44 orang masih berkhidmat dan 518 orang veteran.

Related Articles

Leave a Reply