Home Pertahanan dan Keselamatan Bayaran saguhati RM 500 kepada 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia

Bayaran saguhati RM 500 kepada 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Aspek kebajikan keluarga anggota tentera dan veteran mendapat perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan pada hari ini.

Dalam pembentangan tersebut, seramai 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia akan menerima bayaran sagu hati secara one-off dari pihak kerajaan.

 “Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan,” kata Lim Guan Eng.

Bayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM 35 juta.

Pingat Jasa Malaysia (PJM) diberikan kepada semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat sejak 1969 hingga 1990 serta turut terbabit dalam menentang pengganas komunis.

Selain daripada itu, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

“Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen,

“Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019” jelas Guan Eng.

Belanjawan 2020 turut menyaksikan peruntukan sebanyak RM 150 juta bagi tujuan membaiki dan menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

 

Related Articles

1 comment

Mokhtar hashim 21 March 2020 - 2:47 pm

Elaun PJM masih belum diterima lagi

Reply

Leave a Reply to Mokhtar hashimCancel reply