Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Peluang rakam gambar Hawk, Typhoon berlegar di ruang angkasa KLCC

Peluang rakam gambar Hawk, Typhoon berlegar di ruang angkasa KLCC

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Orang ramai di Kuala Lumpur berpeluang merakamkan detik-detik bersejarah apabila pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta 4 buah pesawat Typhoon milik Royal Air Force (RAF) yang akan melintasi Menara berkembar KLCC esok pagi.

TUDM dalam kenyataan berkata terbang lintas ini akan dilaksanakan pada 11 Okt 2019 (Jumaat) jam 10.15 pagi.

“TUDM dengan kerjasama British High Commissioner akan melaksanakan latihan penerbangan di KLCC sempena Eksesais Bersama LIMA,

“Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat pejuang terbang rendah di sepanjang tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply