Home Semasa Kerajaan perlu puluhan billion ringgit ambil alih lebuhraya bertol

Kerajaan perlu puluhan billion ringgit ambil alih lebuhraya bertol

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan banyak dana akan dibelanjakan sekiranya kerajaan perlu mengambil alih lebuh raya bertol serta merta.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga perlu belanja berbillion ringgit lagi untuk meyelenggara lebuh raya selepas mengambil alih.

Beliau merujuk kepada janji menghapuskan tol oleh Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.

“Apabila saya kata kita tidak janji hapus tol, saya merujuk kepada manifesto, yang menyatakan ia tidak akan dilakukan serta merta,

“Apabila kajian yang mendalam dibuat, penghapusan tol segera tidak boleh dilakukan kerana memerlukan pembelian oleh kerajaan. Masa diperlukan untuk mengurang beban rakyat kerana menghapuskan tol,

“Tetapi menurunkan bayaran tol boleh dipikul. Jika ada swasta yang akan kurangkan tol, cadangan mereka boleh dipertimbang,” kata kenyataan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply