Home Semasa PGA rampas daun ketum bernilai lebih RM158,000

PGA rampas daun ketum bernilai lebih RM158,000

by Bernama

PADANG BESAR, 29 Sept – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 Ulu Kinta, Perak merampas 1,055 kilogram daun ketum bernilai RM158,250 dalam satu Op Wawasan Kedah/Perlis awal pagi ini.

Pegawai Pemerintah Medan Martak Batalion 1 PGA Bukit Kayu Hitam, Kedah DSP Samad Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi itu, pihaknya sedang melakukan operasi di pagar sempadan kawasan semak berhampiran Gudang Teres Awam Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.

“Pihaknya kemudian ternampak sekumpulan lelaki sedang memunggah sesuatu dan apabila menyedari kehadiran pihak polis, kumpulan lelaki dipercayai warganegara tempatan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihaknya menemukan 44 guni berwarna merah dan lima guni berwarna putih disyaki berisi daun ketum dengan kawasan pagar telah dipotong bertujuan memindahkan daun ketum itu, kata Samad.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-Bernama

Related Articles

Leave a Reply