Home Pertahanan dan Keselamatan PUSPAHANAS dijangka beroperasi sepenuhnya Januari 2020

PUSPAHANAS dijangka beroperasi sepenuhnya Januari 2020

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 20 Sept – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya di Presint 1, Putrajaya pada akhir Januari 2020, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Kompleks PUSPAHANAS akan menempatkan tiga Maktab iaitu Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin merasmikan Kursus Ketahanan Nasional siri 1/2020, Kurus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera siri 40/2020 serta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia siri 49/2020 – Foto AirTimes

“Pada tahun ini, MTAT dan MPAT masih ada lagi kursus yang sedang berjalan, yang mana penutup kursusnya akhir tahun, jadi maknanya dua atau tiga bulan ini akan beroperasi di sana (Jalan Padang Tembak), katanya semasa sidang media selepas merasmikan Kursus Ketahanan Nasional siri 1/2020, Kurus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera siri 40/2020 serta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia siri 49/2020 di PUSPAHANAS, Presint 1, Putrajaya hari ini.

Majlis ini juga turut menyaksikan acara menandatangani Memorandum Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk pelaksanaan program Kursus Ketahanan Nasional di MKN.

PUSPAHANAS merupakan sebuah pusat pengajian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan kondusif dengan menempatkan MKN, MPAT dan MTAT dengan secara berperingkat melalui proses pemindahan operasi dari Jalan Padang Tembak ke Putrajaya.

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian untuk pelaksanaan program Kursus Ketahanan Nasional di MKN antara KSU Kementerian Pertahanan dan Naib Canselor UPNM – Foto AirTimes

PUSPAHANAS buat julung kalinya menganjurkan tiga kursus melibatkan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Penganjuran kursus ini yang pertama kalinya diadakan di Kompleks PUSPAHANAS ini melibatkan penuntut-penuntut bagi Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia seramai 165 orang yang dihadiri oleh pegawai Angkatan Tentera Malaysia( ATM) serta pegawai tentera luar negara yang berpangkat Mejar dan Leftenan Kolonel.

Manakala Kurus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dihadiri seramai 41 orang pegawai-pegawai kanan ATM, Awam, PDRM dan pegawai tentera luar negara yang berpangkat Leftenan Kolonel ke atas.

PUSPAHANAS merupakan sebuah pusat pengajian ATM yang dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan kondusif dengan menempatkan MKN, MPAT dan MTAT dengan secara berperingkat melalui proses pemindahan operasi dari Jalan Padang Tembak ke Putrajaya.

Untuk Kursus Ketahanan Nasional pula melibatkan seramai 20 orang pegawai kanan dari ATM sebagai pioneer di maktab ini. MKN menyediakan kursus berkaitan perkara-perkara strategik dan pertahanan nasional kepada pegawai ATM yang berpangkat Kolonel dan Brigadier Jeneral.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzaman Mohd Othman dan pegawai-pegawai kanan ATM.

 

Related Articles

1 comment

Maktab Pertahanan Angkatan Tentera kini beroperasi di Putrajaya – Air Times News Network 10 January 2020 - 12:33 pm

[…] Artikel berkaitan : PUSPAHANAS dijangka beroperasi sepenuhnya Januari 2020 […]

Reply

Leave a Reply to Maktab Pertahanan Angkatan Tentera kini beroperasi di Putrajaya – Air Times News NetworkCancel reply