Home Pertahanan dan Keselamatan Bot nelayan, lima warga Indonesia ditahan ceroboh Perairan Malaysia

Bot nelayan, lima warga Indonesia ditahan ceroboh Perairan Malaysia

by Air Times News Network

LUMUT, 18 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot bersama seorang tekong dan empat orang awak-awak warga Indonesia yang menceroboh perairan negara, kira-kira 27 batu nautika dari barat daya Pulau Pangkor pada selasa lepas.

Pemangku Pengarah APMM Perak, Komander Maritim Shahrizan Raman berkata bot berkenaan telah dikesan oleh KM MARLIN ketika sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan negeri negara.

“Bot yang tiada nombor pendaftaran bersama empat orang awak-awak termasuk tekong warga Indonesia ditahan ketika sedang menangkap ikan kira-kira 27 batu nautika dari barat daya Pulau Pangkor,

“Hasil pemeriksaan mendapati bot yang dinaiki telah berada di laut selama 4 hari sejak 14 September yang lalu”, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shahrizan berkata bot bersama tekong dan awak – awak yang berusia antara 24 tahun hingga 36 tahun kemudiannya diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat dibawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan Malaysia,

“Pihak Maritim Malaysia akan bertindak tegas kepada mana-mana bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan di zon tangkapan ikan”, ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply