Home Semasa Akta Hasutan satu pencabulan terhadap hak asasi manusia – Parti Sosialis Malaysia

Akta Hasutan satu pencabulan terhadap hak asasi manusia – Parti Sosialis Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengutuk penahanan Ketua Pemuda PSM, Khalid Ismath dibawah Akta Hasutan 1948 sebagai satu pencabulan terhadap hak asasi manusia.

“PSM mengutuk penahanan Khalid Ismath atas tuduhan dibawah Akta Hasutan Seksyen 4(1)B,” jelas S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi PSM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Terdahulu, Khalid telah ditahan oleh pihak Polis berhubung tweet beliau yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial, semalam.

Penahanan beliau mendapat kritikan hebat dari PSM kerana Khalid didakwa telah menafikan sebarang tweet terhadap Permaisuri Agong.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah pun membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Penjajah – Akta Hasutan,

“Penggunaan akta ini secara berterusan adalah satu pencabulan hak asasi manusia,” tegas Arutchelvan.

Dalam kenyataan yang sama, PSM menggesa PDRM untuk membebaskan Khalid dan mendakwa penahanan beliau adalah bercanggah dengan prosedur Kanun Acara Jenayah.

“Kami berharap Ketua Polis Negara akan memastikan polis tidak menghukum seseorang sewenang-wenangnya dan perlu mengutamakan Peraturan Perundangan (Rule of Law),” jelas kenyataan tersebut.

Khalid dijangka akan direman pada hari ini. Pada masa yang sama, PSM turut merancang satu perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Dang Wangi bagi menuntut pembebasan beliau.

Related Articles

Leave a Reply