Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia aktif SAR cari nelayan hilang di Lahad Datu

Maritim Malaysia aktif SAR cari nelayan hilang di Lahad Datu

by Bernama

LAHAD DATU, 13 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan pemegang dokumen IMM13 sejak semalam, selepas dilaporkan hilang setelah keluar memancing di Pulau Burung Rabu lepas.

APMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menggerakkan sebuah bot Halilintar 5 bagi melancarkan pencarian mangsa di sektor pencarian merangkumi keluasan 60.4 batu nautika persegi perairan Pulau Burung.

“Operasi mencari mangsa Ebno Salim, 48, diketuai oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Lahad Datu Lt Madya Wan Syarafuddin Jasni Wan Badarudin.

“Agensi lain yang bersama dalam pencarian itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta bot nelayan tempatan,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah serta inisiatif yang terbaik dalam mengurangkan kadar kehilangan nyawa di laut.

Sehubungan itu, orang awam di Lahad Datu dinasihatkan supaya segera menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan di laut jika ada dengan menghubungi Bilik Operasi Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727.

Semalam, seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar memancing di Pulau Burung pada 2 petang sejak Rabu, dan turut ditemui bot pam dinaiki mangsa dalam keadaan enjin bot masih hidup. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply