Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Tentera Laut dianugerah Hall of Fame Maktab Turus Angkatan Tentera

Panglima Tentera Laut dianugerah Hall of Fame Maktab Turus Angkatan Tentera

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah dianugerahkan sebagai ahli Hall of Fame ke-14 Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), hari ini.

Penganugerahan ahli Hall of Fame kepada Panglima Tentera Laut adalah berdasarkan kriteria yang telah digariskan oleh Mesyuarat Lembaga Gabenor Maktab ke-45 yang diantaranya adalah menjadi pegawai tertinggi dalam perkhidmatan.

Laksamana Mohd Reza merupakan salah seorang penuntut MTAT pada tahun 2001 dan menjadi sebagai Panglima Tentera Laut Malaysia semenjak 30 November 2018 lalu. Beliau telah berkhidmat selama 38 tahun dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Majlis penganugerahan telah diadakah di MTAT dan dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Emeritus Dato’ Tengku Mohd Tengku Sembok; Komandan MTAT, Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi; ahli Lembaga Gabenor Maktab, pegawai-pegawai kanan serta penuntut MTAT.

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply