Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan lima lelaki Filipina menyusup masuk perairan Tawau

Polis Marin tahan lima lelaki Filipina menyusup masuk perairan Tawau

by Bernama

TAWAU, 21 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima lelaki Filipina ketika cuba menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tinagat dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata penahanan juragan berumur 63 tahun bersama empat penumpang berumur antara 27 hingga 47 tahun itu dilakukan pada 9.30 malam, susulan maklumat Unit Risikan Marin mengenai pergerakan sebuah bot pam mencurigakan di perairan Tinagat.

“Kesemua penumpang mengaku datang dari Filipina dan masuk ke daerah ini dengan membayar RM400 setiap seorang kepada juragan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran.

Menurutnya, bot pam dan beberapa barangan termasuk pakaian peribadi penumpang bernilai RM3,000 dirampas. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply