Home Semasa Koon Yew Yin hina Angkatan Tentera Malaysia, menderhaka kepada Agong

Koon Yew Yin hina Angkatan Tentera Malaysia, menderhaka kepada Agong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kenyataan oleh ahli perniagaan dan pengasas Gamuda Bhd, Koon Yew Yin yang mendakwa anggota tentera di negara ini hanya makan dan tidur mendapat kecaman hebat oleh golongan veteran dan bekas tentera.

Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (Bersara) Razali Zakaria hari ini bersama 20 orang veteran hadir ke Balai Polis Wangsa Maju bagi melakukan laporan polis terhadap kenyataan Koon Yew Yin.

“Kenyataan Koon mencabar kewibawaan dan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Kenyataan tersebut merupakan satu unsur hasutan dan kebencian kepada tentera dalam masa aman,” jelas Razali.

Beliau menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan kepada ahli perniagaan tersebut.

Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup menyifatkan tindakan Yew Yin adalah satu tindakan penderhakaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tinggi ATM.

“Para bekas tentera terguris hati dengan kenyataan beliau yang seolah-olah tentera tidak melakukan apa-apa,

“Felda sepatutnya menjadi tempat bekas tentera, bukan anggota tentera yang masih berkhidmat,” tegas Rani yang turut mendesak Yew Yin untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka.

Pada masa yang sama, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abd Khatab, menyatakan pihak persatuan yang diketuai beliau akan melakukan laporan polis tambahan bagi meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Yew Yin di bawah Seksyen 121A Kanun Keseksaan, iaitu Kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

 

Related Articles

1 comment

Hina ATM adalah musuh negara – Mohamad Sabu – Air Times News Network 16 August 2019 - 12:40 pm

[…] Artikel Berkaitan : Koon Yew Yin hina Angkatan Tentera Malaysia, menderhaka kepada Agong […]

Reply

Leave a Reply