Home SemasaGlobal PBB siasat 35 serangan siber Korea Utara terhadap 17 negara termasuk Malaysia

PBB siasat 35 serangan siber Korea Utara terhadap 17 negara termasuk Malaysia

by M.Daim

NEW YORK, 13 Ogos – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan akan melakukan siasatan terhadap Korea Utara berhubung 35 serangan siber terhadap 17 buah negara termasuk Malaysia.

Menurut PBB yang dipetik oleh AP berkata, Korea Utara telah menggunakan taktik serangan siber untuk mendapatkan dana bagi membiayai pembangunan senjata pemusnah di negara itu. Pada masa yang sama, PBB turut mempertimbangkan sekatan bahan api terhadap Pyongyang.

Pada minggu lalu, Reuters melaporkan Korea Utara telah mengaut sebanyak US$ 2 bilion melalui serangan siber bagi membiayai program pembangunan senjata pemusnah besar-besaran.

“Pyongyang turut mempertingkatkan program nuklear dan peluru berpandunya walaupun tiada ujian nuklear mahupun peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dijalankan,”

“Korea Utara turut menggunakan serangan siber terhadap institusi perbankan dan pasaran mata wang kripto bagi membiayai program tersebut,” menurut laporan kepada Majlis Keselamatan PBB. Laporan tersebut merupakan hasil pemantauan pemerhati bebas selama 6 bulan terhadap Korea Utara.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 10 serangan siber dilancarkan terhadap Korea Selatan, 3 serangan terhadap India serta 2 serangan di Bangladesh dan Chile.

Selain daripada itu, 13 buah negara dilaporkan mengalami serangan siber oleh Korea Utara termasuk Malaysia dan Vietnam.

Serangan yang dilancarkan melalui Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication atau SWIFT disasarkan terhadap institusi kewangan. Bank Negara Malaysia dilaporkan mengalami serangan siber melalui SWIFT pada Mac tahun lalu namun cubaan tersebut berjaya dipatahkan.

Selain serangan SWIFT, Korea Utara turut mempergunakan matawang kripto (cryptocurrency) sebagai jalan untuk mendapatkan. Selain melakukan ‘perlombongan’ (mining), Pyongyang turut melakukan serangan siber terhadap pengguna dan badan tukaran matawang kripto.

Related Articles

Leave a Reply