Home Semasa Jawi: Salah Mahathir label Dong Zong amal perkauman, Dong Zong pun tidak betul tangani isu – Kit Siang

Jawi: Salah Mahathir label Dong Zong amal perkauman, Dong Zong pun tidak betul tangani isu – Kit Siang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Veteran dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan tuduhan Dong Zong mengamalkan sikap perkauman oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah tidak tepat.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan Dong Zong turut bersalah kerana mendakwa pengenalan tulisan jawi oleh kerajaan adalah sebagai langkah Islamisasi.

“Kenyataan kedua-dua pihak jelas menunjukkan suasana salah faham dalam isu pengenalan tulisan jawi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil,

“Ada yang menuduh Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malek atau Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan isu ini sebagai tujuan politik,” kata Kit Siang dalam kenyataan beliau.

Semalam, Dr Mahathir menyifatkan Dong Zong sebagai rasis apabila sering membantah setiap dasar pendidikan negara termasuk usaha memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat di sekolah.

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman blog beliau, Ahli Parlimen Iskandar Puteri turut menegaskan isu pengenalan tulisan jawi adalah diwarisi dari kerajaan terdahulu.

“Namun sebenarnya, kontroversi subjek itu adalah warisan dari kerajaan lama kerana keputusan muktamad mengenai buku teks baharu untuk sekolah rendah Cina dan Tamil untuk memperkenalkan subjek khat berkenaan telah dibuat oleh Jawatankuasa Kurikulum Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan dan dua Timbalan Menteri pendidikan dalam satu mesyuarat pada 30 September 2015.

“Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching hanya mendapat tahu tentang perkara itu ketika kontroversi berkenaan meletup bulan lalu,” katanya.

 Dong Zong sebelum ini merancang mengadakan petisyen terbaru bagi membantah pengajaran khat jawi di sekolah vernakular.

Related Articles

Leave a Reply