Home Semasa Kes gaduh dan langgar Bangi: Henti cetuskan api perkauman – Polis

Kes gaduh dan langgar Bangi: Henti cetuskan api perkauman – Polis

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyeru masyarakat untuk tidak menyalahguna dan melakukan sebarang spekulasi mengenai insiden gaduh dan langgar di Bangi yang berlaku pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Pahlawan Mazlan Mansur turut merayu mana-mana saksi kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu polis untuk melakukan siasatan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari, Mazlan turut mengulas pelbagai spekulasi telah dibuat di platform media sosial berhubung insiden tersebut.

“Turut dikesan usaha sesetengah pihak memanipulasikan insiden tersebut yang boleh membangkitkan sentimen perkauman serta menhehaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam,” jelas Mazlan.

Beliau turut menegaskan pihak PDRM telah melakukan tangkapan dan mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi berhubung punca kejadian tersebut.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang pada 10 Jun lalu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut dilanggar setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Berikutan itu, sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply