Home SemasaGlobal Kesilapan juruterbang punca pesawat canggih terhempas

Kesilapan juruterbang punca pesawat canggih terhempas

by M.Daim

TOKYO, 10 Ogos – Pihak Pasukan Pertahanan Udara Jepun (Japan Air Self-Defense Force, JASDF) menyatakan kesilapan juruterbang menjadi punca insiden nahas jet pejuang F-35A yang terhempas pada April lalu.

Menurut laporan siasatan yang diterbitkan oleh JASDF hari ini, juruterbang mengalami “Spatial disorientation”. Spatial disorientation” atau dikenali Spatial-D merupakan keadaan di mana juruterbang  mengalami masalah orientasi pesawat serta gagal mengagak kedudukan pesawat pada waktu sebenar.

Pada 9 April lalu, F-35A milik JASDF telah dilaporkan terhempas Lautan Pasifik semasa melaksanakan misi penerbangan latihan. Dalam insiden tersebut, Mejar Akinori Hosomi dilaporkan maut dan mayatnya ditemui pada awal Jun lalu.

Pesawat yang dikendalikan oleh Hosomi dilaporkan telah hilang dari radar pada malam 9 April dan kali terakhir dikesan pada jarak kira-kira 135 kilometer timur Pangkalan Udara Misawa.

Ketika kejadian, Hosomi bersama 3 buah jet pejuang F-35A yang lain sedang melaksanakan latihan pertempuran di udara. Menurut laporan, beliau telah berjaya menembak jatuh 2 pesawat musuh semasa melaksanakan simulasi pertempuran.

Menurut JASDF, transmisi terakhir oleh Hosomi tidak menunjukkan sebarang situasi kecemasan sebelum terhempas ke dalam laut pada kelajuan 1,100 kilometer sejam. Laporan JASDF turut menunjukkan tiada sebarang tindak balas pada pesawat Hosomi untuk menggelak kejadian pesawat terhempas.

Hosomi gagal melepaskan diri dari pesawat F-35A dan dilaporkan maut.

F-35A merupakan salah satu daripada 3 varian jet pejuang stealth generasi ke-5 keluaran Lockheed Martin.

Related Articles

Leave a Reply