Home Semasa ECRL dilancar semula hari ini

ECRL dilancar semula hari ini

by Bernama

DUNGUN, 25 Jul – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilancarkan semula hari ini oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk, di sini.

Majlis pelancaran yang dijadual bermula 11 pagi nanti akan turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Loke sebelum ini dilaporkan berkata pelancaran semula ECRL pada hari ini bakal mewujudkan fungsi dan skop yang lebih besar untuk syarikat tempatan memainkan peranan secara aktif dalam projek tersebut.

Pembinaan projek ECRL yang telah siap 15 peratus ditangguhkan sejak Julai tahun lepas dan hasil rundingan kerajaan bersama pihak pemaju mengenai kos projek serta aspek pelaksanaannya, Fasa I dan II projek tersebut kini berharga RM44 bilion berbanding RM65.5 bilion sebelum ini.

Projek itu kini bermula dari Kota Bahru melalui Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi/Kajang, Putrajaya dan berakhir di Pelabuhan Klang sejauh 648km, dipendekkan 40km dari laluan asal sejauh 688km – Bernama

Related Articles

Leave a Reply